May 23, 2008

Atan dan polis




Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan,Mael
diterkam pak belang.Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee..selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...

May 20, 2008

Saya suka cara cikgu berfikir


Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

May 19, 2008

Mayat tersenyum




SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

Apr 26, 2008

First word



Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik ke rumah.
Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye.
Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku.
Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

Apr 25, 2008

Bual bicara ayam dan lembu



Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


p/s : Patut ker panggil ibu ? atau mummy ? hikhik..

Apr 24, 2008

sengau-hengau



Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. "kenapa awak diam tadi? kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........" (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

Apr 23, 2008

gemuk dan gendut


sering aku tanya diri sendiri, "Gemukkah aku ?? "dengan berat mencecah xx.x KG. oh, no !!
Artikel yang menarik perhatian aku, gemuk dan gendut dari bharian:

..Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan...

..Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu...

..Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan...


p/s : aku nak pergi renang besok.

Apr 22, 2008

first paper


hari ni first day, student UKM bangi start exam final.
paper arini, teknologi maklumat dan keusahawan.
favorite aku coz slalu bt aku berangan jadi kaya
huhu...

paper aku kol 12 tgh
lama tak duduk exam
rasa kekok plak
bila fikir-fikir, ada la dekat setahun aku tak masuk exam
last sem, pratikal 6 bulan
lama owh..

kelainannya
aku berjaya stay sampai tamat masa
2 jam, lama owh..
masa tu tinggal 1/5 dewan jer
paper U3
mmg student senang jawab
tengok besok2, paper core
sure cam tak cukup masa
huhu..

lagi satu
aku tgk ramai betul org pakai baju color purple
aku pun termasuk
cam tema color jer
huhu..

nyway, GuD LucK
cyaiyuK !!

Apr 15, 2008

kesibukan

aku sibuk
kawan2 pun sibuk
kamu tidak sibuk ??




GooD Luck to all yang ada exam finaL.

Feb 21, 2008

Dengki gila...dasar siput Dengki


ish..ish..apa nak jadi la.

Feb 9, 2008

Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta!!???

Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta!!???
Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita,
terutamanya yang ingin berumah tangga :

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal
dari Benut, Pontian.
Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah
disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai
tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil
berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun
dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada
seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah
di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh
korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga dari
keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh
berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk
saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai
pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora
cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus,
pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah.
Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan.

Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat
memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung
bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas
untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama.
Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun
memasuki peraduan dengan bahagia.

Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal
hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan
kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri.
Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa
isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar
dalam yang dipakai. Adeh !!!

Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh
ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum.
Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,
"BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak
dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat
sebegitu.

Serius nampak baca yek......???!!!


hahahahah...ha... ha... ha....!!

Jan 31, 2008

mamat..mamat

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.

Selepas semuanya selesai barulah dia orang tidur. Ketika sedang nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi." "Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaatt amattttt