mau kawen





 ~ gambar sekadar mengingatkan ~



Cuti sekolah ni, asyik dapat jemputan kenduri kawen ja. Kalau setakat pergi makan kenduri, tengok pengantin, salam-salam. Ok la...ni da susulan soalan pula...antaranya, "hang bila lagi ?". "bila nak rasa nasi kawah munirah ?". "bla..bla.." soalan yang membawa maksud yang sama cuma struktur ayat je berbeza. Tau la anak makcik dah kawen. (aku malas ulas panjang) ingat aku tak mau kawen ka ?? Cess..tak guna punya budak iteww.."ala, akak jual mahal sangat. abang saya mampu beli sekupang ja". Kurang ajaqqqqqqqqq. Ingat hingin sangat ka ??
-sekadar sesi luahan perasaan.


mak tak sibuk pon suruh kawin. Huh !

Dia ada

Kita selalu kata..eii bestnya..


Dia ni cantik, semua orang suka die.
Dia senangnya dapat kerja, aku ni liat betul nak dapat kerja.
Dia kerja besar dan dapat gaji besar, mesti best boleh shopping selalu.
Dia senang dapat boyfriend, boyfriend handsome dan kaya pulak tu.
Dia kahwin cepat, aku ni tak tentu hala lagi.
Dia senang dapat anak, aku ni dah macam-macam cara cuba tak boleh juga.

Tapi kita tak tahu..

Dia ada masalah keluarga, keluarganya asyik bergaduh.
Die ada tanggungan keluarga, nak kena bayar hutang keluarga.
Die jodoh berat, nak jumpa yang serasi sangat la susah.
Dia ada masalah dengan mentua, asal jumpa je gaduh.
Dia ada penyakit, selalu kena pergi hospital.
Dia tiada kawan, semua orang sisihkan dia.

Kesimpulannya..

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Sekiranya kita lebih bahagian A, kurangla sikt bahagian B kita. Sekiranya kerjaya kita cemerlang, ada la dugaan di tempat lain. Sekiranya kita ada masalah kewangan, ada la kebahagian di tempat lain. Jadi kita harusla bersyukur dan jangan banding-membanding. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil. Bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada dan hidup kita kan lebih bahagia. Amin.
 
 
Apa aku ada ek ?




talam dua muka




 

Yuhu ! Sejak dua menjak ni, aku mula berjinak dengan mesin jahit. Hasilnya, berjaya menyiapkan hampir 10 biji bag. (read : bangga gila). Belajar melalui pemerhatian. Betullah kot kata kaunselor skolah aku dulu, "hang ni jenis belajar menggunakan visual...bla..bla..." Aku rasa betol la kot. Mana taknya, masa SPM dulu, habis playwood katel aku lukis. (read : tak cantik pon) Tapi aku sorang jer faham nota lukisan aku iteww..Haha..
Berbalik kepada crita talam dua muka (read : mesin jahit dan aku) Cuti raya haji, aku sibuk jahit bag dua muka. Mean, luar leh guna, dalam pon bole guna. I mean, boleh terbalikkan (read : orang kedah kata bleh kalih lek dalam kluaq. lek luar masok dalam) Hasilnya, empat biji bag berjaya dihantar kepada customer. Ahaks...Aku suka. Mereka itu menaikkan semangat aku untuk terus menjahit bag. Moga aku berjaya memenuhi pemintaan mereka (read : pelanggan dan bakal pelanggan).


Sesiapa yang berminat nak buat tempahan..sila hubungi munirahhussin[at]hotmail[dot]com


Roti Arab

Pagi sejuk ni sedap kalau pekena roti arab panas-panas. Nak plak cicah ngan gulai atau kari. Mau terliur aku. Masa kat sekolah dulu, aku da belajar dengan kak Nisah. Cam best jer tengok dia uli. Skali aku yang kena uli. Adeh...mau tergeliat pergelangan tangan. Huhu...Pada sapa-sapa yang dah mula kecur liur. Sila layan gambar ini. Kemudian baca resepi yang aku ciluk dari iluvislam.




Bahan-bahan

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tepung gandum


Cara-cara

1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

2. tepung di gaul dengan yis

3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

5. Uli semula dan buat bulat-bulat dalam 18 biji

6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

7. panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

8. Sedia untuk dihidangkan.


Saiz hidangan
: 10 orang


Jom makan

Tokey bag

Aku mula berangan nak jadi penjual homemade bag. Tak kira la handbag ke, reverse bag ke, tote bag ke, beg ke pasar ke...Apa-apa je la yang mampu aku buat. Haha..kuatkan aku berangan. Jahit pun tak seberapa. Terkodek-kodek pijak pedal mesin. Terhegeh-hegeh gunting kain. Terkebil-kebil cucuk benang. Merapu-merapan reka/ciluk design. Sesuka hati je buat ukuran. Aku rajin, aku jahit, aku buat. Boleh ke nak berjaya cam tu ?? Hahaha



Anyway, layan jer la handbag terbaru aku yang tak seberapa ini.




Angan dan Kenyataan

sudah bertunang

Salam,
Actually, aku masih dalam mood berdiam diri. Emosi kurang stabil untuk berblog-ging. Tapi....(biarlah diselubungi misteri).
Entri kebengongan aku. Baca title jer mesti ramai yang akan buat conclusion i have been engaged. Haha..Kenyataannya tidak. Sekadar berangan jer. Kazen yang sebaya aku dah bertunang. Majlis hari Ahad lepas. Aku pun drive la ke Kemunting. Tolong apa yang patut. (memenuhi undangan jer.) Kazen aku tu lelaki, awalnya kata xde hantaran...alek-alek jiran tetangga datang kasi. Hambek ko 26 dulang. Pergi meminang perempuan di Kuala Selingsing. Dekat jer. Depa balas 44 dulang. Gila r...Baru bertunang dah berdulang-dulang..Kawen esok ??

 

Lepas jer majlis tunang kazen tu, aku terus drive g Kolompo. For what ?? Ntah, aku memang suka pandu jauh-jauh. Buat alasan hantar borang semata-mata. Sambil tu g jumpa ngan Hakimi. Dia dah pandai meniarap. Ni satu lagi aku nak kata Gila ! Baru tiga bulan dah boleh meniarap. Gila la ! Tapi itu la Kenyataannya. Puas bermain ngan Kimi. Aku pun drive balik ke Kedah. Magrib semalam sampai Kolompo. Tengahari dah gerak balik. Weng !

Contest Si Manja Berkaca Mata

 
Hari ni dah mula cuti sekolah..aku pun dah kekurangan keja nak buat. Tengok kak sitisifir update blog. Contest si manja berkaca mata. Teringat aku pada si kicik Maisarah. Baru Ahad lepas ikut bapak dia balik Puchong. Tinggal ngan nenek belah bapak pula. Berbalik pada contest, aku teringat yang aku pernah tangkap gambar Maisarah pakai spec mata. Sibuk tengok orang pakai, aku pun taruk la kat dia. Ternganga...nganga dia..hahaha..tapi still comel di mata aku. Nampak lak gambar aku yang posing senget nak snap gambar Maisarah dalam kete kecik aku itu. Huhu...


Maisarah binti Mohd Nasir
1 tahun 5 bulan

Agak-agak boleh menang tak ??
Sapa-sapa yang nak bagi saingan silalah masuk contest ni.
Blog Widget by LinkWithin